English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Berita AMAL

Anda Di Sini: Utama - Pengenalan - Pengenalan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagiNya. 

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda, para sahabat baginda dan seluruh pejuang-pejuang Islam yang menyampaikan risalah dakwah ini hingga diwarisi oleh umat Islam hari ini.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda seperti yang diceritakan oleh Sahal bin Saad. Maksudnya:
"Seandainya dengan usaha kamu, mengajak seseorang beriman kepada Allah dihidayahkan Allah berhasil, maka itu adalah lebih baik untukmu daripada mendapat kekayaan harta dunia yang lumayan."
Menyedari betapa alpanya kita dan amat sedikit usaha kita selama ini, ke arah memperkenalkan Allah kepada yang belum mengenaliNya dan betapa Islam yang murni ini tidak disampaikan kepada manusia dengan cara yang berkesan, maka inilah peluang dan ruang terbuka untuk kita ceburi dalam bidang yang Allah janjikan keberuntungan yang amat lumayan.

Usaha menggerakkan kerja dakwah di pedalaman Sabah dan Sarawak khususnya dan ASEAN umumnya memerlukan gerak kerja strategik dan proaktif, serta tenaga pendakwah yang komited.

Bagi merealisasikan hasrat yang murni ini, maka Yayasan Amal Malaysia merasakan amat perlu para pendakwah dari pedalaman diberi latihan secara insentif. Penubuhan Pusat Dakwah Serantau (PDS) adalah manifestasi langkah untuk menyemarakkan lagi usaha dakwah kepada golongan sasar.

MULA BEROPERASI

PDS sudah mula dibuka sejak Julai 2010 dengan seramai 30 orang pelajar dari pedalaman Sabah dan Sarawak terpilih untuk menjalani latihan selama setahun di kampus sementara Pusat Dakwah Serantau di Kompleks Darul Irsyad, Sungai Merab Luar, Kajang. 

Selepas tamat pengajian selama setahun, para pendakwah keluaran PDS ini akan dihantar ke lokasi asal mereka bagi melaksanakan kerja dakwah di sana.

Pusat Dakwah Serantau diurus tadbir sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

CADANGAN KOMPLEKS PDS

Cadangan penubuhan Kompleks Pusat Dakwah Serantau yang lengkap dengan segala kemudahan akan dibangunkan di Dengkil, Sepang, Selangor yang memerlukan dana sebanyak 10 juta ringgit.

DANA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN PDS

Semua perbelanjaan pengurusan dan pembangunan PDS dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia melalui derma dan sumbangan orang ramai. Jumlah perbelanjaan bagi setiap pelajar sebulan ialah RM 500.00 (meliputi wang saku, makan minum, tempat tinggal, rawatan, buku, alat tulis dan lain-lain).

Jika anda berhasrat untuk berkongsi sama dalam usaha untuk melahirkan para pendakwah ini, anda boleh menyampaikan sumbangan dalam apa jua bentuk atau menaja seperti berikut:
  1. Makan minum (katering atau barang mentah, seperti beras dan lain-lain)
  2. Wang saku (RM 60.00 sebulan bagi setiap pelajar)
  3. Buku dan alat tulis
Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke pusat ini atau melalui:


Akaun Pusat Dakwah Serantau
(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Cek Atas Nama
PUSAT DAKWAH SERANTAU
1305-301-0005100


Segala sumbangan anda, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Ajrukum 'alallah.
Tags: Pengenalan

0 ulasan

Respon Pelawat


© 2011 Pusat Dakwah Serantau | Designed By: Wiraislam.Com